Friday, March 14, 2014

Jawatan Kosong (Kontrak) Di Universiti Malaysia Kelantan



Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Malaysia yang ke-19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ialah Universiti berteraskan
keusahawanan yang mengutamakan pendidikan keusahawanan dalam tiga kelompok bidang
pengajian iaitu keusahawanan & perniagaan, teknologi kreatif & warisan dan agro-industri & sains
sumber asli sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.

Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum
(independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk
membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan
seperti berikut :-

Bil
Nama Jawatan
Gred
Taraf
1
Pegawai Veterinar
G41
Kontrak
2
Pegawai Sains
C41
Kontrak
3
Juruaudit
G41
Kontrak
4
Penolong Pegawai Veterinar
G27
Kontrak
5
Pembantu Makmal
C17
Kontrak
6
Pegawai Kebudayaan
B41
Kontrak
7
Pembantu Belia dan Sukan
S17
Kontrak


Penetapan Gaji Permulaan:
Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik UMK berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana
berkaitan.

[Up to 87% Off] Ballpoint Pen with SWAROVSKI ELEMENTS Crystal Embellishments from Her Jewellery

  

Offer End by 24 March 2014


Imbuhan dan Elaun Berkaitan (Berdasarkan Gred Gaji)
Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/ Imbuhan Tetap
Keraian/ Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa.
Syarat Kewargenegaraan Dan Umur (Pada Tarikh Tutup Iklan)

Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus
hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun
pada tarikh lantikan, manakala bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun.
Kelayakan Spm Mengikut Sistem Terbuka Untuk Lantikan Ke Perkhidmatan
Awam
Calon-calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dipertimbangkan untuk dilantik
ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi
menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang
dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut
perlu dipenuhi :

a) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata
pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu
peperiksaan; atau

b) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata
pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang
dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

c) memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, dan mata pelajaran
tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah TIDAK LAYAK dipertimbangkan
untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Permohonan Oleh Pegawai Sedang Berkhidmat
Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/ Badan Berkanun
hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing bersama salinan
Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.
Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak termasuk tidak menyertakan salinan
dokumen yang dikehendaki dan permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
Maklumat Terperinci Dan Syarat- Syarat Lantikan
Maklumat terperinci mengenai semua jawatan dan syarat-syarat kelayakan untuk memohon
jawatan di atas boleh diperolehi melalui laman web http://www.umk.edu.my
CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh diisi secara online di http://jobs.umk.edu.my . (Pemohon tidak perlu
menghantar salinan hardcopy borang permohonan).






[Up to 96% Off] Papa John’s: RM1 for 1 Regular Hawaiian Papa Pizza / RM25 for RM50 Cash Voucher









Tarikh Tutup Permohonan
20 MAC 2014

Keterangan Am
a) Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan
yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UMK dalam tempoh enam (6)
bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

b) TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan.
Sebarang permohonan selepas tamat tempoh sahlaku hendaklah menggunakan borang
permohonan yang baru.

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers