Monday, March 3, 2014

Jawatan Kosong Juruukur Bahan J44 di Pejabat Tanah dan Galian Selangor

Pejabat Tanah dan Galian Selangormempelawa individu yang berkelayakkan untuk mengisi berikut:
Jawatan: Juruukur Bahan J44 (kontrak)
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Professional
Bilangan kekosongan: 1
Jadual Gaji: RM 3420.00 (Minimum) - RM9557.00 (Maksimum)

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia kelahiran Selangor atau ibu atau bapa dilahirkan di negeri Selangor atau telah bermastautin di negeri Selangor selama lebih 15 tahun serta mendapat pengesahan daripada Penghulu;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(e) Mempunyai pengalaman berkaitan Sekurang-kurangnya 5 tahun dalam kerja-kerja penilaian ukur bahan ke atas pelan-pelan untuk tawaran kontrak, penilaian kontrak dan lain-lain tugas berkaitan.
CARA-CARA PERMOHONAN:
Permohonan hendaklah dibuat secara melengkapkan Borang PTGS/BKP-JK/1/2014 dengan menyatakan keterangan lengkap mengenai peribadi, kelayakan, pengalaman dan menyertakan sijil-sijil berkaitan serta sekeping gambar berukuran pasport. Borang permohonan tersebut boleh diperolehi di laman web PTGS,http://ptg.selangor.gov.my/ dan hendaklah dikembalikan seperti alamat berikut:
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
TINGKAT 4, BANGUNAN SSAAS,
40576 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
(u/p: Unit Perkhidmatan)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 10hb Mac 2014
PENTING*
*Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
*Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
*Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.
*Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh Tutup: 

Isnin, 10 March 2014 - 8:00am


http://ptg.selangor.gov.my/sites/default/files/pdf/maklumat-terkini/BORANG_-_JAWATAN_KONTRAK-PTGS.pdf

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers