Tuesday, March 4, 2014

Temuduga Terbuka Di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur


TEMU DUGA TERBUKA
 TARIKH TEMU DUGA : 5 & 6 MAC 2014 (RABU & KHAMIS)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi
menghadiri temu duga terbuka jawatan berikut:

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) - KONTRAK 3 BULAN

JAWATAN : PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17 ( Pekerja Sambilan Harian (PSH) )

 KUMPULAN  PERKHIDMATAN : PELAKSANA

 TARAF JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN

 KADAR UPAH : RM54.00 SEHARI

 TEMPOH  PERKHIDMATAN : TIGA (3) BULAN

 WAKTU BEKERJA : Sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat dengan
ditetapkan waktu masuk dan waktu balik oleh Ketua
Jabatan.

 KELAYAKAN:

 (1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

 (a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

 (b) Lulus 6 mata pelajaran iaitu 2 kepujian dan 4 lulus pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

 (c) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijll Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

 (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris
dan mengendalikan aplikasi komputer).


B. UMUR (PADA TARIKH TEMU DUGA TERBUKA)

 Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25

tahun pada tarikh temu duga terbuka dijalankan . 

Temu Duga Terbuka ini akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:-

 TARIKH TEMU DUGA : 5 & 6 MAC 2014 (RABU & KHAMIS)

 MASA : PENDAFTARAN : 8.30 PAGI – 10.30 PAGI

 TEMPAT :

 DEWAN MESTIKA,
 INSTITUT LATIHAN DBKL (IDB)
 JALAN YAAKOB LATIF,
 BANDAR TUN RAZAK,
 53200 KUALA LUMPUR.

 No. Telefon : 03-26179613/9609

 Sila Bawa:
(i) KAD PENGENALAN (ASAL);

(ii) SIJIL KELAHIRAN (ASAL);

(iii) SIJIL SPM (ASAL)  SLIP KEPUTUSAN SPM TIDAK DITERIMA;

(iv) SIJIL-SIJIL PERSEKOLAHAN (ASAL);

(v) SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASPORT;

(vi) SATU SALINAN/FOTOKOPI YANG TELAH DISAHKAN UNTUK SEMUA DOKUMEN DI ATAS;


CATATAN : Iklan kekosongan jawatan ini juga dipaparkan di Portal Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my)

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers