Monday, April 7, 2014

Jawatan Kosong di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak




Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-

BIL.
JAWATAN
GRED
BILANGAN KEKOSONGAN
1
Pegawai Pembangunan Masyarakat
S41
4
2
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
S27
5
3
Pembantu Pembangunan Masyarakat (JBC)
S17
13

Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman e-recruitment.

Sila rujuk SYARAT DAN CARA MEMOHON, PANDUAN PEMOHON dan SENARAI JAWATAN sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-recruitment.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak di talian 082-449577.


Tarikh tutup permohonan : 18 April 2014

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers