Monday, April 21, 2014

Jawatan Kosong Pegawai Tadbir N41 di Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM), USM









Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM), USM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:


PEGAWAI TADBIR GRED N 41 PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (KEKOSONGAN 2) 

Tangga Gaji Minimum : RM 1,910.02
Tangga Gaji Maksimum : RM 6,799.30
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Elaun : Imbuhan Tetap Khidmat Awam

  • : Imbuhan Tetap Perumahan 
  • : Bantuan Sara Hidup  

KELAYAKAN: 

(a) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
dan
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT LANTIKAN TAMBAHAN: 
Keutamaan kepada calon mencapai:
(a) Kepujian sekurang-kurangnya C6 dalam Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia

(b) Sekurang-kurangnya CGPA 3.00 pada peringkat Ijazah Sarjana Muda (tertakluk kepada
budibicara Jawatankuasa Pemilih)

SYARAT-SYARAT UMUM 
Pemohon- pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam skim
perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa
ke semasa.

TARAF JAWATAN KONTRAK  2 

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN 
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang dari 54 tahun
pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON 
(a) Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah disertai dengan sekeping gambar
ukuran pasport, salinan sijil persekolahan dan sijil lain yang berkaitan.

(b) Permohonan dan butir jayadiri yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

PEJABAT JARINGAN KOMUNITI 
BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI & MASYARAKAT 
ARAS 1, BANGUNAN H25 LORONG CAHAYA 
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 
11800 PULAU PINANG 
(u.p : PENOLONG PENDAFTAR) 


CATATAN AM

(a) Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga

(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup
hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman secara bertulis akan
dikeluarkan oleh BJIM bagi permohonan yang tidak berjaya

(c) Sebarang permohonan yang tidak lengkap, lewat atau tidak mematuhi syarat akan ditolak dan
dianggap tidak berjaya.



TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 28 APRIL 2014 (ISNIN) 

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers