PERBENDAHARAAN MALAYSIA
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang
berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:
PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) GRED F41
- Kadar Upah : RM 100.00 (Sehari) (9 Jam)
- Tempoh Perkhidmatan : Tidak Melebihi Enam (6) Bulan
- Jantina : Lelaki / Perempuan Berstatus Bujang
A. SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
1) Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 18 tahun hingga 35
tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2) Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi awam tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam mana-mana bidang
seperti berikut:
a) Sains Komputer;
b) Information Technology;
c) Multimedia;
d) Management Information System; atau
e) Computer Information System.
3) Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 2.90 ke atas atau yang setaraf
dengannya.
4) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
B. BIDANG TUGAS :
1) Menyemak data asas dan membuat mapping maklumat data tersebut ke
dalam Sistem Pengurusan Aset (SPA).
2) Membuat mapping kod aset dan stok United Nations Standard Products
and Service Codes (UNSPSC) dengan kod SPA dan Sistem Pengurusan
Stor (SPS).
C. CARA MEMOHON :
1) Permohonan hendaklah mengunakan Borang Permohonan Jawatan
Kementerian Kewangan yang boleh dimuat turun di laman sesawang
http://www.treasury.gov.my.
2) Calon-calon yang berkelayakan dipelawa untuk mengemukakan
dokumen-dokumen seperti berikut:
a) Curriculum-vitae;
b) Satu (1) keping gambar berukuran pasport; dan
c) Salinan Ijazah dan dokumen-dokumen sokongan yang telah
disahkan.
3) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam
sampul surat berukuran 32cm x 22cm. Di sudut atas sebelah kiri
sampul surat hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon.
4) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK :
a) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
b) Tidak lengkap atau tidak terang;
c) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam
iklan;
d) Tidak menulis nombor kad pengenalan;
e) Tidak ditandatangani; dan
f) Salinan sijil yang berkaitan tidak disahkan.
5) Semua permohonan hendaklah disampaikan kepada :
Setiausaha
Bahagian Dasar Saraan Dan Pengurusan
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia
Aras 3, Blok Selatan
Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 W.P PUTRAJAYA
(u.p. : Puan Rohana binti A.Kahar)
6) TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 28 APRIL 2014
D. CATATAN AM :
1) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan di panggil
untuk temuduga dan akan dimaklumkan melalui panggilan telefon atau
e-mel.
2) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas
satu (1) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap
permohonan mereka tidak berjaya.
3) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temuduga
jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan.
No comments:
Post a Comment