Wednesday, May 7, 2014

JAWATAN KOSONG DI KUMPULAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK




JAWATAN KOSONG DI KUMPULAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang merupakan anak jati Negeri Perak yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dalam jawatan-jawatan seperti berikut :

1) SETIAUSAHA 
KELAYAKAN :
-Warganegara Malaysia 
-Memiliki Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat dari UiTM / Diploma/Sijil Kesetiausahaan yang diiktiraf. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mendapat markah CGPA tidak kurang daripada 2.70    DAN
-Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta sekurang-kurangnya Lulus dalam matapelajaran Matematik.
-Umur tidak melebihi 27 tahun pada tarikh tutup iklan

 
2) PENYELIA PENGELUARAN
KELAYAKAN :
Ijazah/Diploma Lanjutan/Ijazah Profesional dalam bidang Sains Makanan, Teknologi Makanan, Sains dan Kejuruteraan Makanan atau yang setaraf dengannya.
TANGGUNGJAWAB :

-       Mencapai kehendak jualan untuk tempahan secara Global
-       Melaksanakan arahan-arahan pengeluaran
-       Menyokong aktiviti-aktiviti pengeluaran harian
-       Menguruskan pasukan produksi dan mencapai sasaran pengeluaran dan kualiti
-       Sanggup bekerja shift
-       Memastikan aliran proses mencapai hasil, kualiti dan produktiviti yang tinggi
-       Merekodkan pengeluaran dan mesin dengan tepat dan cepat

3) QC
KELAYAKAN :
Ijazah dalam Sains/Teknologi Makanan atau berkaitan dengan sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dalam industri makanan/minuman jus. 
TANGGUNGJAWAB :
-Bertanggungjawab terhadap aktiviti jaminan dan kawalan kualiti (bahan mentah, pembungkusan, serta produk yang dalam proses dan telah siap sepenuhnya)
-Mengendalikan ujian makmal dan memastikan produk mengikut spesifikasi.
-Memastikan program penyelenggaraan berjalan lancar bagi mencapai produk berkualiti dan bertanggungjawab terhadap jadual dan perancangan penyelenggaraan.

4)EKSEKUTIF AKAUN
-       Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman di dalam bidang perakaunan.
-       Boleh mengendalikan “Full Set Account” keutamaan “Manufacturing Account”
-       Mempunyai Sijil /Diploma dalam bidang Perakaunan  atau setaraf adalah diutamakan.

5) PEGAWAI PEMASARAN
TANGGUNGJAWAB :
- Memastikan hasil keluaran dan perkhidmatan Syarikat memenuhi kehendak pelanggan.
- Mengetahui sasaran pembeli yang akan membeli produk keluaran Syarikat.
- Mengenalpasti kelemahan pesaing dan mengatasinya serta mengetahui kelebihan produk yang dimiliki supaya dapat mengatasi saingan pesaing.
- Memastikan setiap aktiviti dan jualan yang dianjurkan oleh Syarikat mendapat sambutan yang menggalakkan.
- Merancang strategi Syarikat untuk menarik minat para pembeli untuk membeli produk keluaran Syarikat.
- Merancangkan aktiviti jualan seperti kaedah pengagihan, penghantaran dan galakan jualan.
- Mengawal, mengesan, merekod dan menyimpan rekod jualan.
- Menyimpan rekod pemasaran Syarikat dan menyediakan laporan jualan.
- Memastikan projek-projek yang telah dirancang dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

6) EKSEKUTIF AUDIT DALAM
KELAYAKAN :
-       Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
-       Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan
-       Berpengalaman dalam profesion ini lebih 2 tahun
-       Mempunyai tauliah Audit Dalam (Certified Internal Auditor)

TANGGUNGJAWAB :
- Menjalankan tanggungjawab untuk fungsi perancangan dan penyelarasan Juruaudit Dalaman,
- Menyediakan rancangan audit serta mengawas dan menyelia aktiviti Audit Dalam meliputi program audit, skop kerja perjawatan, bajet dan latihan;
- Menjalankan tugas-tugas pengauditan merangkumi auditan pengurusan, kewangan dan system maklumat pengurusan komputer serta lain-lain auditan yang berkaitan;
- Menydiakan laporan pengauditan dan menjalankan susulan ke atas cadangan audit.

Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan ‘resume’ yang lengkap beserta gambar ukuran passport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO. 3, JALAN TAMAN KINTA
TAMAN CHATEAU, 30250 IPOH,
PETI SURAT 228, 30730 IPOH.
(U.P. BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

Hanya calon-calon yang terpilih dan disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH
PADA : 09/05/2014

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers