Wednesday, May 7, 2014

JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, JOHOR (PENTADBIRAN)




JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, JOHOR 
( JAWATAN PENTADBIRAN)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara TETAP/ SEMENTARA/ KONTRAK seperti berikut :-

JAWATAN PENTADBIRAN
BILNAMA JAWATANGRED
KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (GRED 41 - 54)
1.PEGAWAI PSIKOLOGIS41
KUMPULAN PELAKSANA (GRED 11 - 40)
2.PENOLONG JURUTERA
(BIDANG ELEKTRIK / ELEKTRONIK)
JA29
3.PEMBANTU TADBIR (P/O)N17
4.PEMBANTU KEMAHIRAN
(BIDANG DANDANG)
H17
5.PEMBANTU AWAM (PENYELAMAT)H11
6.PENGAWAL KESELAMATANKP11




1. PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi pada Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UTHM berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

2. IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)

Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuat kuasa.


3. KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN (TERTAKLUK KEPADA KELAYAKAN)

(a) Pinjaman Kenderaan
(b) Pinjaman Komputer
(c) Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan Persekutuan


4. SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)

Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.


5. KELAYAKAN SPM MENGIKUT SISTEM TERBUKA UNTUK LANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM

Calon-calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dipertimbangkan untuk dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi :

(a)lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
(b)lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
(c)memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, dan mata pelajaran tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah TIDAK LAYAK dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

6. KELAYAKAN PMR BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM

Calon-calon yang memiliki Sijil PMR boleh dilantik ke jawatan yang bersesuaian tertakluk memenuhi syarat-syarat berikut:

(a)mendapat sekurang-kurangnya peringkat ‘D’ dalam lima mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik; DAN
(b)bagi skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan 'kepujian' dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Malaysia atau Pengetahuan Agama Islam atau seumpamanya di peringkat PMR, calon-calon hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya peringkat 'C' dalam mata pelajaran berkenaan di peringkat PMR.

Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah TIDAK LAYAK dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


7. TEMPOH PERCUBAAN
Calon-calon lantikan terus bertaraf TETAP dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun sebelum disahkan dalam perkhidmatan.


8. CARA MEMOHON
(a) Permohonan adalah secara ‘online’ melalui laman web http://www.uthm.edu.my. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.

(b) Sebarang pertanyaan sila kemukakan secara e-mel kepada perjawatan@uthm.edu.my.


9. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Jawatan Pentadbiran      -  21 MEI 2014 (JAM 4.00 PETANG)


10. KETERANGAN AM
TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama sembilan (9) bulan dari tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers