Universiti Selangor (UNISEL) merupakan sebuah Universiti swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ditubuhkan pada tahun 1999 sehingga kini menawarkan pelbagai program pengajian di kampus Shah Alam dan Bestari Jaya. Lokasinya yang strategik, secara tidak langsung memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial negeri.
1) JAWATAN: PENGURUS ASRAMA (GRED N41)
SYARAT KELAYAKAN
: Warganegara Malaysia;
: Berumur tidak melebihi dari 56 tahun pada tarikh lantikan jawatan;
: Berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau;
: Berkelayakan Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang berkaitan dan;
: Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
2) JAWATAN: PENOLONG PENGURUS ASRAMA (GRED N27)
SYARAT KELAYAKAN
: Warganegara Malaysia;
Berumur tidak melebihi dari 56 tahun pada tarikh lantikan jawatan;
Berkelayakan Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
3) JAWATAN : PEMANDU BAS (PSV)/ PEMANDU (R6)
SYARAT KELAYAKAN
: Warganegara Malaysia;
: Berumur tidak melebihi dari 56 tahun pada tarikh lantikan jawatan;
: Berkelayakan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/Penilaian Menegah Rendah (PMR) atau sekurang-kurangnya Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan.
: Memiliki lesen memandu Kelas B2/D/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)(kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)).
: Memiliki lesen memandu E-Bas BTM > 7500 KG dan lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV).
: Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan diliputi oleh skim ini dan juga berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
CATATAN AM :
Pemohon yang berminat hendaklah menyertakan resume (sila sertakan dua (2) nama sebagai rujukan beserta alamat penuh dan nombor telefon untuk dihubungi) dan sijil-sijil berkaitan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web rasmi Unisel -
KLIK DISINI
http://www.unisel.edu.my/download/careers/1-employment-form.pdf
Permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :-
Pengurus Besar
Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor
Kampus Bestari Jaya
Jalan Timur Tambahan
45600 Bestari Jaya
Selangor
U/P : Unit Perjawatan & Khidmat Sokongan
Tel : 03-3280 5077 / 5058
Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat.
Permohonan juga boleh diemel ke perjawatan@unisel.edu.my
Subjek (tajuk) emel adalah mengikut jawatan yang dipohon. Contoh : Pengurus Asrama / Penolong Pengurus Asrama / Pemandu Bas
Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 16 Jun 2014.
CATATAN AM:
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
No comments:
Post a Comment