Yayasan ANGKASA dahulunya dikenali sebagai Tabung Pinjaman Pendidikan ANGKASA (TAPAK) ditubuhkan pada 4 Disember 1999, dan secara rasminya dikenali sebagai Yayasan ANGKASA pada 27 September 2012. Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pinjaman boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ahli ANGKASA dan anak kakitangan ANGKASA yang melanjutkan pengajian sepenuh masa/separuh masa/PJJ di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Master dan PhD di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran kerja yang stabil dan berdaya saing, anda dipelawa menyertai kami dengan mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :
1. KERANI PENTADBIRAN DAN KEWANGAN – 1 Kekosongan
Kelayakan dan Pengalaman
• Sekurang-kurangnya SPM/SPMV atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
• Berpengalaman bekerja selama 3 tahun dalam bidang perakaunan dan pentadbiran.
• Mahir menggunakan sistem perakaunan berkomputer adalah satu kelebihan.
• Calon yang memiliki Diploma dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Pengurusan Perniagaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya adalah digalakkan memohon.
Bidang Tugas
• Bertanggungjawab ke atas segala urusan pentadbiran dan kewangan Yayasan ANGKASA.
• Memantau dan mengawal kutipan bayaran balik pinjaman dan penyediaan laporan bulanan.
• Menguruskan hal-hal berkaitan kakitangan Yayasan ANGKASA.
2. KERANI OPERASI – 1 Kekosongan
Kelayakan dan Pengalaman
• Sekurang-kurangnya SPM/SPMV atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
• Berpengalaman bekerja selama 3 tahun dalam bidang pentadbiran.
• Berpengalaman dalam penggunaan komputer.
• Calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pentadbiran Perniagaan / Pengurusan / Ekonomi/ Pengurusan Pemasaran / Kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya adalah digalakkan memohon.
Bidang Tugas
• Mengemaskini rekod, penyimpanan fail dan dokumen berkaitan.
• Membantu menyelaras aktiviti dan program.
• Menguruskan hal-hal berkaitan pelajar Yayasan ANGKASA.
Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan beserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport kepada :
Pengurus
YAYASAN ANGKASA
No. 402, Blok C, Glomac Business Centre,
No. 10, Jalan SS6/1, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
atau e-mel : norfaizura.angkasa@gmail.com selewat-lewatnya pada 10 Jun 2014
Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga
No comments:
Post a Comment