Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Terengganu – 16 Julai 2014
Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan kosong di perkhidmatan awam Negeri Terengganu seperti berikut:
▶ Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
▶ Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17
Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong di SPN Terengganu perlu mengisi borang permohonan
A. PANDUAN PERMOHONAN MELALUI INTERNET- ONLINE
- Pemohonan mestilah dibuat secara dalam talian sahaja (online). Sebarang permohonan manual tidak akan dilayan.
- Pemohon yang mengisi borang SPNTRe hendaklah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu sahaja. Pemohon atau bapa pemohon hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu atau pemohon memiliki Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu.
- Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe ini hendaklah hanya dari mereka yang benar-benar ingin mengisi kekosongan jawatan di Perkhidmatan Kerajaan Negeri Terengganu.
- Pastikan maklumat yang benar sahaja diisi di dalam permohonan ini.
- Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe hendaklah melayari laman web di alamat http://spn.terengganu.gov.my
Keterangan Am
Pemohon boleh memohon sehingga lima (5) jawatan sahaja.
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri, Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Kerajaan Tempatan, Perkhidmatan Badan Berkanun, dan Perkhidmatan polis/ tentera samada secara tetap, kontrak atau sementara hendaklah mengisi alamat tempat bertugas di ruangan alamat (surat-menyurat) dan juga mengembalikan borang pengesahan ketua jabatan pada atau sebelum tarikh tutup iklan jawatan.
MAKLUMAN :-
Kegagalan memenuhi segala maklumat yang diperlukan akan menyebabkan permohonan anda gagal melepasi syarat lantikan jawatan berkenaan.
Hanya calon yang tersenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh akhir temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu
Peti Surat No. 134
Pejabat Pos Besar
20710 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tarikh tutup permohonan : 16 Julai 2014
No comments:
Post a Comment