Wednesday, July 30, 2014

Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor - 7 Ogos 2014

 


JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR


1. Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan untuk mengisi jawatan perkhidmatan kontrak seperti berikut :
JAWATAN
KEKOSONGAN
PENEMPATAN
A
PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
GRED S41

1





UNIT PENGURUSAN HALAL,
BAHAGIAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN, JAIS

B
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN
GRED C41
2
C
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN GRED C27
5







2.KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

A & B

PENGURUSAN DAN PROFESIONAL


C

SOKONGAN

3. TARAF JAWATAN :       
·         CONTRACT OF SERVICE

4. UMUR :  
·         Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

5. WARGANEGARA
·         Warganegara Malaysia dan;
·    (Kelahiran Negeri Selangor atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama lebih 15 tahun serta mendapat pengesahan daripada Penghulu)

6. TEMPOH PERKHIDMATAN
·           2 Tahun


7. SYARAT LANTIKAN & JADUAL GAJI


JAWATAN A            :           PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41

 


JADUAL GAJI

Peringkat
Gaji Minimum  
Gaji Maksimum
Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
P1
RM1,909.00
RM8,644.00
RM225.00

                                                 
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ;
    [ Gaji Permulaan : RM1,909.00] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] dan
  • Kepujian B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan kajian penyelidikan dan penyediaan bagi membolehkan Mufti mengeluarkan satu fatwa panduan mengenai keberkesanan sesuatu program yang dirancang dan juga sebagai Urus Setia kepada Jawatankuasa Syariah.

  

JAWATAN B            :           PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN GRED C41

 


JADUAL GAJI

Peringkat
Gaji Minimum  
Gaji Maksimum
Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
P1
RM1,940.00
RM8,720.00
RM225.00

                                                 
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Makanan dan Pemakanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,147.45] atau
  • Bachelor Sains fan Teknologi Makanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,251.23 ] dan
  • Kepujian B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas :
Menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan dan kualiti makanan ke atas industry makanan, pematuhan makanan domestic dan import, kawalan eksport makanan serta analisis makanan berdasarkan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pegawai Teknologi Makanan juga bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti surveilan dan analisis makanan di Tadika makanan, codex dan standard, dasar keselamatan makanan, pensijilan halal dan memastikan keselamatan makanan di Tadika KEMAS.



JAWATAN C            :           PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN GRED C27

 


JADUAL GAJI

Peringkat
Gaji Minimum  
Gaji Maksimum
Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
P1
RM1,374.00
RM5,116.00
RM145.00

                                                 
Syarat Lantikan:
  • Diploma dalam bidang teknologi makanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi –institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [ Gaji Permulaan : RM1,374.00]
  • Kepujian B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas :
Menjalankan menjalankan analisis mikrobiologi dan kimia ke atas contoh-contoh makanan, penyediaan bahan-bahan kimia dan peralatan serta menyediakan laporan-laporan analisis kajian makmal.


 CARA MEMOHON                                                         

a)  Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan
JAIS – BP.1. Borang tersebut boleh diperolehi di:
UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN,
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
40676 SHAH ALAM

b)  Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta salinan Sijil Kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

c)  Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.

d)  Permohonan yang berikut akan ditolak :-
            i.        Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan.
           ii.        Tidak lengkap atau tidak terang.
         iii.        Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan.
         iv.        Tidak besertakan gambar.
           v.        Tidak ditandatangani.

e)  Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK,
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM.
(u.p : Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Sebelum atau pada 07hb Ogos 2014

f)   Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

g)  Permohonan adalah dianggap Tidak Berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh masa seperti yang berikut:
             i. Selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup atau
            ii. Selepas 6 bulan dari tarikh temuduga
(sekiranya berjaya dipanggil temuduga)

h)  Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia di talian 03-55143405 / 3424





No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers