KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA mempelawa graduan yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten untuk menjadi Pelatih bagi Skim Latihan Bersepadu seperti berikut :
SYARAT KELAYAKAN
Warganegara Malaysia
Graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda yang telah menamatkan pengajian dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan
Keutamaan diberikan kepada graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi, Pelaburan, Kewangan, Perakaunan, Sains Aktuari, Analisis Kuantitatif, Matematik, Undang-Undang, Fizik, Teknologi Maklumat, Multimedia dan Kejuruteraan atau mana-mana bidang yang bersesuaian
SKOP LATIHAN
Pembelajaran dan latihan menerusi proses operasi harian di Jabatan atau Cawangan KWSP
TEMPOH LATIHAN
12 bulan
ELAUN & KEMUDAHAN
Elaun bulanan RM 750.00
Cuti rehat 1 hari setiap bulan
Kemudahan perubatan sebagai pesakit luar secara percuma di klinik panel KWSP dan klinik/hospital Kerajaan
PENEMPATAN
Penempatan adalah tertakluk kepada kekosongan di Jabatan atau Cawangan KWSP di seluruh Malaysia
CARA MEMOHON
Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan pilihan lokasi Jabatan atau Cawangan KWSP beserta dokumen berikut :
Resume
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Sijil Kelahiran
Salinan Skrol Ijazah Sarjana Muda
Salinan Transkrip Ijazah Sarjana Muda
Salinan Skrol Diploma/Matrikulasi/STPM/Foundation
Salinan Transkrip Diploma/Matrikulasi/Foundation
Salinan Sijil SPM
PERHATIAN :
Jika tuan/puan tidak mempunyai salinan skrol Ijazah Sarjana Muda kerana belummenghadiri konvokesyen, tuan/puan adalah dikehendaki untuk mengemukakan Surat Pengesahan Tamat Belajar daripada pihak universiti. Surat tersebut hendaklah menyatakan tarikh tamat belajar, tarikh konvokesyen, CGPA dan pencapaian yang akan dianugerahkan kepada tuan/puan.
Permohonan hendaklah dihantar ke slbepf@gmail.com selewat-lewatnya pada 30 September 2014.
Segala permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi. Permohonan tuan/puan adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada KWSP selepas 3 BULAN dari tarikh iklan ditutup.
No comments:
Post a Comment