Tuesday, August 26, 2014

Jawatan Kosong Lepasan SPM & Ijazah di Majlis Daerah Pontian - 3 September 2014

Jawatan Kosong Lepasan SPM & Ijazah di 
Majlis Daerah Pontian - 3 September 2014


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pegawai Tadbir N41
2. Penolong Pegawai Tadbir N27
3. Pembantu Penguatkuasa N17
4. Pembantu Tadbir N17

CARA PERMOHONAN

http://www.mdpontian.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=9cd7136c-82f7-413e-aaa8-4230aabc1500&groupId=134503

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Daerah Pontian yang dikenakan bayaran RM 1.00 (Ringgit Malaysia : Satu sahaja) yang boleh didapati dengan menggunakan sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem 80 sen atau mengambilnya sendiri seterusnya menghantar permohonan tersebut ke alamat:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH PONTIAN,
ARAS 1,BLOK A,
JALAN ALSAGOFF,
82000 PONTIAN,JOHOR

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang-borang permohonan.Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan:

kad pengenalan
sijil kelahiran
sijil-sijil persekolahan
kelulusan akademik
transkrip keputusan peperiksaan
1 keping gambar yang terbaru berukuran passport
lain-lain dokumen sokongan

Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan /Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005,Peraturan 17.

Bagi kelayakan Ijazah / Diploma / Sijil perlu melampirkan  pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif http://www.interactive.jpa.gov.my/WebInteraktif/frmsenaraipengiktirafanbaru.asp dan dilampirkan bersama borang permohonan.

Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

TARIKH TUTUP : Sebelum atau pada 3 SEPTEMBER 2014 (RABU)


No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers