IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)GRED DG 41
UNTUK BERKHIDMAT DI SEKOLAH DALAM HOSPITAL
1. Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan. Pendidikan
siswazah Gred DG41 / DG44(KUP) di Sekolah Dalam Hospital berikut:
1.1 SDH Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis
1.2 SDH Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu
1.3 SDH Hospital Tawau, Tawau, Sabah
2. Syarat Umum:
i. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia;
ii. Telah disahkan dalam perkhidmatan;
iii. Bebas dari tindakan tatatertib atau tindakan Mahkamah; dan
iv. Mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang baik untuk tiga (3) tahun terakhir
3. Syarat Khusus:
i. Sekurang-kurangnya telah mengajar selama lima (5) tahun. ii. Bersedia berkhidmat di SDH sekurang-kurangnyatiga (-?) tahun. iii. Mempunyai kelulusan, pengalaman atau kemahiran dalam mata pelajaran teras bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik atau Pendidikan islam) atau
Prasekolah.
iv. Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik.
v. Mempunyai minat daniltizam yang tinggi berkhidmat dalam institusi untuk murid bermasalah kesihatan.
vi. Tidak mempunyai perasaan takut, alahan dan jijik dengan persekitaran hospital.
4. Permohonan daripada sekolah:
4.l Bagi guru di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah, borang permohonan MESTI melalui Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing ;
4.2 Bagi guru di Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik, borang permohonan MESTI melalui Pengarah Bahagian Pengurusan Teknik dan Vokasional (BPT\), KPM.
4.3 Bagi guru di SMKA dan SABK, borang permohonan MESTI melalui Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam.5. Cara Memohon:
5.l Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat
turun di laman sesawang berikut:
a.
www.moe.gov.my atau
b.
http://www.moe.gov.my/bpkhas/v2
5.2 Semua permohonan hendaklah disertakan salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan
yang telah dikemaskini dan disahkan, salinan sijil / dokumen sokongan yang telah
disahkan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan); dan
dihantar melalui Ketua Jabatan kepada:
PENGARAI
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 2, BLOK E2 KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
5.3 Sila tuliskan PEGAWAI PERKHTDMATAN PENDTDIKAN (PPP) GRED
DG41 di sebelah atas kiri sampul surat permohonan.
6. Tarikh tutup permohonan ialah 08 Oktober 2014 Rabu).
CATATAN: Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil
untuk ditemu duga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3)
bulan dari tarikh ildan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.