Jawatan Kosong: Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17
(Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia)
- 60
Kekosongan
Dalam bulan Oktober ini, SPA akan melaksanakan urusan
pengisian jawatan kosong untuk Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Calon-calon
yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar
semula. Namum demikian, sila pastikan pendaftaraan permohonan masih dalam
tempoh sah laku. Tarikh tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada 21
Oktober 2015 (Rabu) jam 11.59 malam.
Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak
diperlukan.
Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di
laman portal SPA: www.spa.gov.my
Maklumat Jawatan:
Pembantu Setiausaha Pejabat Gred
N17
- Kumpulan: Sokongan
- Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
- Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM
|
GAJI MAKSIMUM
|
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
|
RM928.00
|
RM3,375.00
|
RM95.00
|
- Syarat Lantikan:
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note taking)
dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas
atau nota rintas sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
[Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer];
[ Gaji Permulaan : RM983.43 ] dan - kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
No comments:
Post a Comment