Friday, October 9, 2015

TEMUDUGA TERBUKA JAWATAN EKSEKUTIF PEMASARAN LEPASAN SPM, PTPTN SELANGOR

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
TEMUDUGA TERBUKA JAWATAN EKSEKUTIF PEMASARAN






Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengadakan temuduga
terbuka bagi jawatan Eksekutif Pemasaran lantikan kontrak pada tarikh/hari, masa dan
tempat seperti berikut :

Tarikh / Hari : 12 Oktober 2015 / Isnin
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
(pendaftaran dibuka sehingga 12.00 tengahari)
Tempat : Pejabat PTPTN Negeri Selangor
Tingkat 8 Menara MRCB
No 2, Jalan Majlis 14/10, Seksyen 14
40712 Shah Alam
SELANGOR


Syarat lantikan adalah seperti berikut :

JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)
PENEMPATAN : PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) SELANGOR
Akan ditempatkan dan bertugas di Cawangan Shah
Alam, Kiosk Mutiara Damansara, Subang Jaya,
Banting/Sepang dan Giant Kota Damansara

GAJI DITAWARKAN : RM1,500.00 SEBULAN

INSENTIF : KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI

Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(d) Keutamaan diberi kepada calon :
• Lelaki (amat digalakkan memohon)
Kelahiran Negeri Selangor
• Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran.
Perwatakan menarik
• Berkebolehan berkomunikasi dengan baik
• Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa
• Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk
• Berkebolehan menganalisa dengan baik
• Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri
(keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta)


Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang
disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil
yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut:-

a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Surat Beranak pemohon;
c) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d) Salinan lesen memandu; dan
e) Lain-lain dokumen sokongan.

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan
berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan
tidak akan ditanggung oleh PTPTN.

CATATAN AM
i. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh
menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.
ii. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi.

SILA KLIK DI SINI UNTUK PERMOHONAN

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers