Unit Perpustakaan, Institut Kefahaman Islam Malaysia, memerlukan seorang Pembantu Penyelidik (Kontrak) bagi tujuan menjalankan kerja-kerja pengumpulan data koleksi Etika di Perpustakaan IKIM khususnya koleksi dalam Bahasa Arab dan Elektronik dalam usaha memperkukuhkan pembangunan koleksi Etika di IKIM. Butiran adalah seperti berikut:
Nama jawatan : Pembantu Penyelidik (Kontrak)
Penempatan : Unit Perpustakaan
Jangkamasa kontrak : Mei 2016 – Mei 2017 (12 bulan)
Elaun bulanan : RM1,800.00
Kemahiran yang diperlukan : -
Bidang Tugas
|
(i) kemahiran dalam Bahasa Arab terutamanya bahasa penulisan klasik arab yang terkandung dalam kitab-kitab Akhlak dan Adab;
|
(ii) kefahaman mengenai ilmu Akhlaq, Etika dan Moraliti, khasnya istilah-istilah berkaitan bidang tersebut;
| |
(iii) celik ICT khasnya berkaitan perisian Bahasa Arab/Tulisan Arab;
| |
(iv) latar belakang akademik (atau pengalaman kerja) dalam bidang Sains Perpustakaan.
|
Tugas dan tanggungjawab
|
(i) mengenalpasti koleksi buku-buku Etika yang telah dimiliki oleh perpustakaan IKIM, mengikut kerangka kertas-cadangan pemantapan koleksi khas Etika Perpustakaan IKIM;
|
(ii) menyenaraikan koleksi buku-buku Etika dalam Bahasa Arab yang telah dimiliki oleh Perpustakaan IKIM, termasuk menyenaraikannya dalam bentuk transliterasi;
| |
(iii) mengenalpasti koleksi buku-buku Etika yang telah dimiliki oleh perpustakaan IKIM, dalam bentuk bahan elektronik (e-book dan e-journal);
| |
(iv) memuatnaik senarai koleksi Etika Perpustakaan IKIM (termasuk buku-buku dalam Bahasa Arab dan buku-buku elektronik) ke dalam pangkalan data IKIM;
| |
(v) tugas-tugas lain yang berkenaan yang diminta oleh pihak IKIM dari masa ke semasa.
|
Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap (resume/curiculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan)), kepada :
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2 Langgak Tunku off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur.
Sebelum atau pada 23 Disember 2016.
Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggi temuduga. Permohonan calon-calon adalah dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dari IKIM 3 bulan dari tarikh iklan ditutup.
No comments:
Post a Comment