Tuesday, January 24, 2017

Jawatan Kosong Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat) Gred 48 - Lembaga Hasil Dalam Negeri



Image result for lhdn logo



Jawatan
PEGAWAI EKSEKUTIF (TEKNOLOGI MAKLUMAT) GRED 48 KONTRAK
 
Taraf Jawatan
Kontrak
 
Kelayakan Memohon
Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi  pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 
Kelayakan Tambahan
ü Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang Pengurusan Teknologi Maklumat

ü Mempunyai kemahiran auditan berkaitan Pengurusan Teknologi Maklumat.

ü Mempunyai pengetahuan berkaitan Sistem dan Pengurusan Projek ICT.

Permohonan hanya dibuka untuk calon luar LHDNM.

 *Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 28 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh tutup iklan.

 *Pemohon perlu memiliki kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 
Kriteria Yang Diperlukan
ü Berdaya saing, cergas, berfikiran strategik, mempunyai minda analitikal, berupaya memacu keberhasilan, inovatif, kreatif dan fleksibel.

ü Mempunyai semangat kerja berpasukan yang jitu serta berkemahiran tinggi dalam komunikasi melalui Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
 
Bidang Tugas
ü Merancang dan mengendalikan Auditan Pengurusan Sistem di LHDNM

ü Merancang dan Mengendalikan Auditan Pengurusan Projek ICT di LHDNM

ü Merancang dan mengendalikan Auditan Tadbir Urus Sistem Maklumat

ü Merancang dan mengendalikan Auditan Pengurusan Sumber Sistem Maklumat.

ü Menyedia dan megemaskini Control Self Assessment (CSA), Risk & Control Matrix (RCM) dan Manual Prosedur Kerja 
 
Gaji
RM9,042.00     
 
Cara Memohon
Permohonan dari calon-calon hendaklah dibuat melalui URL https://career.hasil.gov.my/
Semua permohonan tidak perlu dicetak/dipos ke LHDNM.
    
 
Maklumat Temuduga
Nama calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan melalui:

*Paparan di Portal Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”);

Pemohon juga dinasihatkan sentiasa menyemak Portal Rasmi LHDNM untuk mengetahui sebarang perkembangan maklumat terkini berhubung tawaran jawatan berkenaan.

 
 
Nota
Hanya calon-calon yang mempunyai kelayakan dan kriteria seperti di atas dan juga telah ditapis sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

Pemohon dikehendaki mendapatkan surat pengiktirafan kelayakan melalui laman:-


Calon-calon yang tidak dihubungi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.

Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat : kerjaya@hasil.gov.my
 
 
Tarikh Tutup
02 Feb 2017

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers