Tuesday, January 24, 2017

Jawatan Kosong Pegawai Eksekutif (Pentadbiran) Gred 48 Kontrak - Lembaga Hasil Dalam Negeri



Image result for lhdn logo



Jawatan
PEGAWAI EKSEKUTIF (PENTADBIRAN) GRED 48 KONTRAK
 
Taraf Jawatan
Kontrak
 
Kelayakan Memohon
Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 
Kelayakan Tambahan

ü Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam Perancangan Sumber Manusia.

ü Mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan projek-projek berkaitan Pengurusan Prestasi dan kompetensi.

ü Mempunyai pengalaman dalam menjalankan kajian berkaitan projek-projek Sumber Manusia.

ü Mempunyai ijazah Sarjana/PhD merupakan satu kelebihan.

Permohonan hanya dibuka untuk calon luar LHDNM.

*Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 28 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh tutup iklan.

*Pemohon perlu memiliki kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 
Kriteria Yang Diperlukan
ü Berdaya saing, cergas, berfikiran strategik, mempunyai minda analitikal, berupaya memacu keberhasilan, inovatif, kreatif dan fleksibel.

ü Mempunyai semangat kerja berpasukan yang jitu serta berkemahiran tinggi dalam komunikasi melalui Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
 
Bidang Tugas
Melaksanakan projek perancangan sumber manusia, pemantapan pengurusan prestasi dan latihan serta kompetensi pegawai LHDNM.
 
Gaji
RM9,042.00     
 
Cara Memohon
Permohonan dari calon-calon hendaklah dibuat melalui URL https://career.hasil.gov.my/

Semua permohonan tidak perlu dicetak/dipos ke LHDNM.
    
 
Maklumat Temuduga
Nama calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan melalui:

*Paparan di Portal Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”);

Pemohon juga dinasihatkan sentiasa menyemak Portal Rasmi LHDNM untuk mengetahui sebarang perkembangan maklumat terkini berhubung tawaran jawatan berkenaan.
 
 
Nota
 
Hanya calon-calon yang mempunyai kelayakan dan kriteria seperti di atas dan juga telah ditapis sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

Pemohon dikehendaki mendapatkan surat pengiktirafan kelayakan melalui laman:-


Calon-calon yang tidak dihubungi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.

Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat : kerjaya@hasil.gov.my
 
 
Tarikh Tutup
02 Feb 2017
 

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers