Tuesday, August 26, 2014

Jawatan Kosong Lepasan SPM & Ijazah di Majlis Daerah Pontian - 3 September 2014

Jawatan Kosong Lepasan SPM & Ijazah di 
Majlis Daerah Pontian - 3 September 2014


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pegawai Tadbir N41
2. Penolong Pegawai Tadbir N27
3. Pembantu Penguatkuasa N17
4. Pembantu Tadbir N17

CARA PERMOHONAN

http://www.mdpontian.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=9cd7136c-82f7-413e-aaa8-4230aabc1500&groupId=134503

• Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Daerah Pontian yang dikenakan bayaran RM 1.00 (Ringgit Malaysia : Satu sahaja) yang boleh didapati dengan menggunakan sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem 80 sen atau mengambilnya sendiri seterusnya menghantar permohonan tersebut ke alamat:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH PONTIAN,
ARAS 1,BLOK A,
JALAN ALSAGOFF,
82000 PONTIAN,JOHOR

• Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang-borang permohonan.Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan:

• kad pengenalan
• sijil kelahiran
• sijil-sijil persekolahan
• kelulusan akademik
• transkrip keputusan peperiksaan
• 1 keping gambar yang terbaru berukuran passport
• lain-lain dokumen sokongan

• Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan /Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005,Peraturan 17.

• Bagi kelayakan Ijazah / Diploma / Sijil perlu melampirkan  pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif http://www.interactive.jpa.gov.my/WebInteraktif/frmsenaraipengiktirafanbaru.asp dan dilampirkan bersama borang permohonan.

• Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

TARIKH TUTUP : Sebelum atau pada 3 SEPTEMBER 2014 (RABU)


Jawatan Kosong bagi Lepasan SPM/ Diploma Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor - 5 September

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) – 5 September 2014


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) seperti berikut:


  • Pegawai Undang-Undang Gred L41
  • Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
  • Pembantu kemahiran Gred H17
  • Pembantu Operasi Gred N11
  • Pembantu Awam Gred H11
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) gred N17/N22 – Pustakawan


Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong PKNS, sila isi borang yang boleh dimuat turun disini.
Bahagian Sumber Manusia,
Tingkat 2, Menara HPAIC
Laman Seri Business Park
No. 7, Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam
Selangor

Maklumat lanjut jawatan kosong PKNS boleh didapati disini.

Tarikh Tutup Permohonan : 5 September 2014

Monday, August 25, 2014

JAWATAN KOSONG PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU (PMINT) 2014




Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu dengan ini akan mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia Kerakyatan Negeri Terengganu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) iaitu:
Jawatan Kosong Ogos 2014
Tarikh tutup permohonan : 4 September, 2014 (Khamis)
Cara Memohon Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui sesawang sahaja.
Klik --> Permohonan Jawatan Kosong
Bagi calon-calon yang berminat boleh membuat permohonan menggunakan laman sesawang secara online yang disediakan.
  1. Permohonan hendaklah mengemukakan permohonan melalui laman web PMINT
  2. Pemohon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
  3. Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan di atas ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
  4. Keutamaan akan diberi kepada calon yang aktif dalam kegiatan masyarakat dan sukan.
  5. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap TIDAK BERJAYA.

Pendaftaraan Grabdrivers