Wednesday, December 7, 2016

Jawatan Kosong Pembantu Penyelidik,Institut Kefahaman Islam Malaysia -23 Disember 2016


Image result for institut kefahaman islam malaysia


Unit Perpustakaan, Institut Kefahaman Islam Malaysia, memerlukan seorang Pembantu Penyelidik (Kontrak) bagi tujuan menjalankan kerja-kerja pengumpulan data koleksi Etika di Perpustakaan IKIM khususnya koleksi dalam Bahasa Arab dan Elektronik dalam usaha memperkukuhkan pembangunan koleksi Etika di IKIM. Butiran adalah seperti berikut:
Nama jawatan : Pembantu Penyelidik (Kontrak)
Penempatan : Unit Perpustakaan
Jangkamasa kontrak : Mei 2016 – Mei 2017 (12 bulan)
Elaun bulanan : RM1,800.00
Kemahiran yang diperlukan  : -
Bidang Tugas
(i) kemahiran dalam Bahasa Arab terutamanya bahasa penulisan klasik arab yang terkandung dalam kitab-kitab Akhlak dan Adab;

(ii) kefahaman mengenai ilmu Akhlaq, Etika dan Moraliti, khasnya istilah-istilah berkaitan bidang tersebut;

(iii) celik ICT khasnya berkaitan perisian Bahasa Arab/Tulisan Arab;

(iv) latar belakang akademik (atau pengalaman kerja) dalam bidang Sains Perpustakaan.

Tugas dan tanggungjawab
(i) mengenalpasti koleksi buku-buku Etika yang telah dimiliki oleh perpustakaan IKIM, mengikut kerangka kertas-cadangan pemantapan koleksi khas Etika Perpustakaan IKIM;

(ii) menyenaraikan koleksi  buku-buku Etika dalam Bahasa Arab yang telah dimiliki oleh Perpustakaan IKIM,  termasuk menyenaraikannya dalam bentuk transliterasi;

(iii) mengenalpasti koleksi  buku-buku Etika yang telah dimiliki oleh perpustakaan IKIM,  dalam bentuk bahan elektronik (e-book dan e-journal);

(iv) memuatnaik senarai koleksi Etika Perpustakaan IKIM (termasuk buku-buku dalam Bahasa Arab dan buku-buku elektronik) ke dalam pangkalan data IKIM;

(v) tugas-tugas lain yang berkenaan yang diminta oleh pihak IKIM dari masa ke semasa.

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap (resume/curiculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan)), kepada :

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2 Langgak Tunku off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur.
Sebelum atau pada 23 Disember 2016.

Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggi temuduga. Permohonan calon-calon adalah dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dari IKIM 3 bulan dari tarikh iklan ditutup.

Friday, November 4, 2016

Job Vacanies in O&G industry : KL

We are looking for  the following personnel for one of our client at Kuala Lumpur.
  1. Project Manager - with minimum 15 years of experience in O&G EHS, drilling & Production
  2. Onshore Technical Support Manager -  with minimum10 years in E&P preferably some within an operations org including brownfield which 5 years in similar post with demonstrable track record of success
  3. Engineering Services Manager - with 15 years of experiences in O&G, preferably some within an operations org including brownfield project

For more details on Job Description, please email to nancy.laeng@petrominwork.com

Thursday, November 3, 2016

Jawatan Kosong Kerajaan untuk kelayakan SPM / PMR: Nov 2016





 
Dalam bulan November ini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong untuk Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).
Kekosongan jawatan adalah seperti berikut:

Jawatan
Jabatan
Kelayakan
Kekosongan
Pembantu Keselamatan Gred KP19
Pejabat Ketua Pegawai Kerajaan Malaysia
SPM
99 Kekosongan
Pengawal Keselamatan Gred KP11
Pejabat Ketua Pegawai Kerajaan Malaysia
PMR
300 Kekesongan

Calon-calon yang pernah mendaftar adalah tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Tarikh tutup permohonan baru adalah sebelum atau pada13 November 2016 Jam 11.59 malam.

Semua permohonan perlu dibuat atas talian di www.spa.gov.my


Pendaftaraan Grabdrivers