Friday, February 21, 2014

Jawatan Kosong Pensyarah UiTM- Tarikh Tutup 3 Mac 2014

 


Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik di Universiti Teknologi MARA Negeri/ Cawangan berikut:

i.          Universiti Teknologi MARA (Perak), Kampus Tapah.
ii.         Universiti Teknologi MARA (Melaka), Kampus Jasin.
iii.         Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang.
iv.        Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban.  


JAWATAN : PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP / KONTRAK
Klasifikasi Perkhidmatan
:
Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan
:
Pengurusan Dan Profesional





JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM

JAWATAN : PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP / KONTRAK

GRED GAJI
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM

DM45

RM 2,878.00
RM 10,075.00
DM51
RM 5,637.00
RM 11,285.00
DM53
(Prof. Madya)
RM 5,922.00
RM 11,955.00
Profesor
(Gred  Khas C) : VK 7
RM 7,189.63
RM 14,587.54





JAWATAN : PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP / KONTRAK


UiTM NEGERI/ CAWANGAN
FAKULTI
BIDANG
UiTM (Perak), Kampus Tapah
Akademi Pengajian Bahasa
Bahasa Inggeris
Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Pengajian Islam
Fakulti Sains Komputer dan Matematik
Matematik
Fakulti Perakaunan
Sistem Maklumat Perakaunan (Accounting Information System)
Fakulti Sains Gunaan
Biologi
Fizik
Kimia
UiTM (Melaka), Kampus Jasin
Akademi Pengajian Bahasa
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
Bahasa Mandarin
Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Pengajian Islam
Fakulti Perakaunan
Perakaunan
Fakulti Sains Komputer dan Matematik
Sains Komputer (Computer Science)
Pengkomputeran Multimedia (Multimedia Computing)
Komunikasi Data dan Perangkaian (Data Communication and Networking)
Pengkomputeran Netsentrik (Netcentric Computing)
Fakulti Perladangan dan Agroteknologi
Agro-Bioteknologi
Sains Tanah (Soil  Science)
Sains Tanaman (Crop Science)
Kejuruteraan Pertanian (Agricultural Engineering)
Perlindungan Tanaman (Crop Protection)
Pengurusan Perladangan (Plantation Management)




UiTM NEGERI/ CAWANGAN
FAKULTI
BIDANG
UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang
Akademi Pengajian Bahasa
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
Bahasa Mandarin
Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Pengajian Islam
Fakulti Sains Gunaan
Fizik
Fakulti Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering)
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Mechanics
Thermofluid
Manufacturing
Mechatronics
Fakulti Kejuruteraan Elektrik
Power
Electric/ Electronics
System
Computer
UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban
Akademi Pengajian Bahasa
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
Bahasa Mandarin
Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Pengajian Islam
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
Sains Sukan (Sport Science)
Fakulti Undang-Undang
Undang-Undang
Fakulti Perakaunan
Perakaunan
Fakulti Sains Komputer dan Matematik
Statistik
Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi
Pentadbiran Awam (Public Administration)
Sains Politik (Political Science)


 






Syarat-syarat kelayakan:


PENSYARAH UiTM

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM45


(a)
(i)
Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau


(ii)
Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia; atau


(iii)
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(b)
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred  DM51

(c)
(i)
memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas;


(ii)
membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan


(iii)
mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM53  (Profesor Madya)

(d)
(i)
memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas;


(ii)
membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan


(iii)
mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred Khas C (Profesor)


(e)
(i)
memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas;




(ii)
membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan




(iii)
mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.


PERHATIAN KEPADA PEMOHON


1.
Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2.
Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.

3.
Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :

·             Kad Pengenalan

·             Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf

·             Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)

·             Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji

·             Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

4.
Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
5.
Pemohon–pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/yang setaraf  di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.         
6.
Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
7.
Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
8
Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
9.
Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus negeri/ cawangan.


PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2007) yang boleh didapati di laman sesawang UiTM http://www.uitm.edu.my/index.php/en/jobs/jobs-with-uitm



Tarikh tutup permohonan adalah pada hari ISNIN, 3 MAC 2014.
Sila kemukakan permohonan kepada :

UiTM NEGERI/ CAWANGAN
ALAMAT
UiTM (Perak), Kampus Tapah
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
D/A BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PERAK)
KAMPUS TAPAH
35400 TAPAH ROAD
PERAK DARUL RIDZUAN
NO TEL : 05-418 1620

UiTM (Melaka), Kampus Jasin
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (MELAKA)
KM 26 JALAN LENDU
78000 ALOR GAJAH
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
NO TEL : 06-558 2000

UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang
TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
BEG BERKUNCI 527
85009 SEGAMAT
JOHOR DARUL TAKZIM
NO TEL : 07-935 2000

UiTM Cawangan Negeri Sembilan,       Kampus Seremban
TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KAMPUS KUALA PILAH, BETING
72000, KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
NO TEL : 06-483 2100



No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers