Contoh Resume

Tips menyediakan 'resume' yang berkualiti


Menyediakan atau menulis resume mungkin menjadi tugas yang sukar tetapi ia juga merupakan elemen yang penting yang akan menentukan kejayaan anda untuk mendapatkan sesuatu peluang pekerjaan. Dalam ruang ini kami menyediakan beberapa tips bagi memudahkan penyediaan resume anda.


1. Bahasa


Bahasa apakah yang sesuai bagi penyediaan resume? Admin berpendapat adalah sesuai menyedikan resume dalam Bahasa Inggeris (english) khususnya bagi mereka yang mencari di sektor swasta. Bagi mereka yang mencari perkerjaan dalam sektor perkhidmatan awam, boleh menyedikan resume dalam  Bahasa Malaysia.

2. Objektif Resume


Setiap resume memerlukan objektif yang khusus berkaitan dengan kerja. Anda perlu menyatakan dengan jelas dan ringkas berkenaan minat anda untuk mendapatkan perkerjaan tersebut. Elakkan menggunakan objektif yang umum dan tidak mengambarkan minat anda pada pekerjaan tersebut


3. Panjang Resume (Length)


Adalah digalakkan resume mengandungi maklumat yang secukupnya berkenaan status pendidikan, pengalaman kerja, kepakaran, anggaran gaji yang dipohon dan rujukkan. Digalakkan juga resume tidak melebihi 3 muka surat (walaupun bukan satu kesalahan sekiranya resume yang disediakan melebihi atau kurang dari 3 muka surat).

4. Bersama ini disertakan beberapa format resume yang mungkin dapat membantu anda.



 





No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers