Monday, March 16, 2015

Jawatan Kosong Kerajaan bagi Lulusan SPM - 26 Mac 22015





Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri : Cepat, Tepat, Integriti, Produktif, Kreatif, Taat Setia kepada organisasi dan bersifat sedia membantu untuk jawatan kosong berikut:




Lulusan SPM
1. Pembantu  Pembangunan Masyarakat Gred S17 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia

PERINGATAN 

Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut: 
    
a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau 
      
b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan 
      
c) memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Tarikh Tutup Permohonan : 26 MAC 2015 

Mohonlah secara online di portal SPA http://www.spa.gov.my
Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.
Maklumat lanjut jawatan kosong SPA boleh didapati disini.




Iklan

Thursday, March 5, 2015

JAWATAN KOSONG LEPASAN DIPLOMA - MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG







JAWATAN KOSONG 
MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada
tarikh tutup iklan adalah dipelawa memohon jawatan dalam iklan ini :

BIL JAWATAN GRED TARAF KEKOSONGAN

1. PENOLONG JURUTERA JA29 KONTRAK 1
2. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) JA29 KONTRAK 1
3. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29 KONTRAK 1
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27 KONTRAK 1
5. PEMBANTU PENILAIAN W17 KONTRAK 2
6. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W17 KONTRAK 1
7. PEMBANTU AWAM H11 KONTRAK 2



PERHATIAN KEPADA PEMOHON :-

i. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan
Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod
Perkhidmatan yang dikemaskini dan penilaian prestasi yang terkini;
ii. Permohonan daripada kakitangan Majlis Perbandaran Selayang yang sedang berkhidmat
hendaklah dihantar melalui Ketua Bahagian Sumber Manusia;
iii. Permohonan mestilah disertakan dengan salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan;
( salinan sah juga boleh disahkan oleh Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang )
iv. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
v. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan
adalah dianggap tidak berjaya.
vi. Sila pastikan semua ruangan yang perlu diisi, hendaklah dilengkapkan dan bertandatangan.


PERMOHONAN :-

Borang MPS 1 boleh dibeli di Kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 7, Menara Majlis
Perbandaran Selayang dengan harga RM 1.00 tunai/naskah atau boleh dicetak melalui Laman
Sesawang MPS www.mps.gov.my.

Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang
dipohon di sebelah kiri atas sampul surat kepada :-

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
TINGKAT 7, MENARA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG,
PERSIARAN 3, BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN.


 Tarikh tutup iklan pada : 13 Mac 2015 (Jumaat-Pukul 5.00 Petang)

Tuesday, March 3, 2015

Jawatan Kosong bagi Lulusan SPM, Diploma dan Ijazah - Universiti Malaysia Pahang



Jawatan Kosong bagi  Lulusan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Universiti Malaysia Pahang 





Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) seperti berikut :


  • ▶ Pegawai Sains C41
  • ▶ Pegawai Teknologi Maklumat F41
  • ▶ Pegawai Latihan Vokasional J41
  • ▶ Pegawai Penyelidik Q41
  • ▶ Pustakawan S41
  • ▶ Pegawai Belia dan Sukan S41
  • ▶ Pegawai Kewangan W41
  • ▶ Pereka B27
  • ▶ Pegawai Kebudayaan B17
  • ▶ Jurufotografi B17
  • ▶ Penolong Pegawai Sains C27
  • ▶ Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • ▶ Juruteknik Komputer FT17
  • ▶ Pembantu Kemahiran H17
  • ▶ Pembantu Awam H11
  • ▶ Penolong Pegawai Latihan Vokasional J29
  • ▶ Pembantu Pegawai Latihan Vokasional J17
  • ▶ Penolong Pegawai Keselamatan KP27
  • ▶ Pengawal Keselamatan KP11
  • ▶ Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
  • ▶ Penyelia Asrama N17
  • ▶ Pembantu Perpustakaan S17
  • ▶ Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
  • ▶ Jurupulih Perubatan U29
  • ▶ Penolong Akauntan W27
  • ▶ Pembantu Tadbir (Kewangan) W17



CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di
laman web UMP, www.ump.edu.my. Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan
Permohonan Atas Talian (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui
laman web UMP). Permohonan yang tidak dibuat secara atas talian adalah tidak akan
dilayan. Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul
surat. Permohonan yang lengkap berserta dengan salinan sijil-sijil akademik dan lainlain
dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
LEBUHRAYA TUN RAZAK,
26300 GAMBANG, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PERJAWATAN & CUTI BELAJAR)

CATATAN AM

(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu
duga.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh
tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu
dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.
PERMOHONAN ATAS TALIAN :
TARIKH BUKA : 27 Februari 2015.

TARIKH TUTUP : 13 Mac 2015.



Maklumat lanjut jawatan kosong UMP 2015 boleh didapati disini.

Pendaftaraan Grabdrivers