Friday, May 16, 2014

Kerja Kosong di Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak



Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-

BIL.JAWATANGREDBILANGAN KEKOSONGAN
1Jurutera
(Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak)
J413
2Penolong Jurutera
(Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak)
J294
3Penolong Jurutera
(Kem. Perancangan Sumber dan Alam Sekitar)
J292

Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.

Sila rujuk SYARAT DAN CARA MEMOHON, PANDUAN PEMOHON dan SENARAI JAWATAN sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-recruitment.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak di talian 082-230450.

Tarikh tutup permohonan (replika data) : 28 Mei 2014

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers