Monday, May 5, 2014

77 Jawatan Kosong di LHDN seluruh Negara Bagi Pengambilan Mei 2014

LHDN merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai kami.



Terdapat 77 kekosongan jawatan kosong kerajaan terkini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Mei 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkalayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai:



1. Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41
2. Penolong Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 31
3. Penolong Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 31
4.
A1 – Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 48 Kontrak


- 4 Kekosongan (Semenanjung Malaysia)


CARA MEMOHON 

*PERMOHONAN JAWATAN A1 SAHAJA 

Permohonan hendaklah dibuat secara manual melalui Borang Permohonan Pekerjaan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). 

Borang permohonan boleh diperoleh melalui laman web LHDNM di alamat http://www.hasil.gov.my di ruangan 
KERJAYA, klik pada Borang Permohonan Pekerjaan. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan salinan 
dokumen-dokumen seperti berikut: 

Sekeping gambar terbaru berukuran pasport . 
Salinan sijil kelahiran, kad pengenalan dan lain-lain sijil yang berkaitan (Disahkan oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pengetua / Guru Besar / Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam). 

Borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut: 

Jabatan Sumber Manusia 
Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 
Menara Hasil, Aras 10 
Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 
 63000 Cyberjaya, Selangor. 

(u.p: Unit Pengambilan & Penempatan) 


*PERMOHONAN JAWATAN A2, B1 & B2 

Permohonan dari calon-calon pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf sambilan) hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL http://kerjaya.hasil.gov.my/eKerjaya

Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang 
sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat 
melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber 
Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my

Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM. 

MAKLUMAT TEMU DUGA 

Nama calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan melalui dua kaedah iaitu:- 

* Paparan di Laman Web Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”);  da

* Melalui Surat 

Pemohon juga dinasihatkan sentiasa menyemak Laman Web Rasmi LHDNM untuk mengetahui sebarang perkembangan maklumat terkini berhubung tawaran jawatan berkenaan. 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 

12 MEI 2014 

NOTA 

Hanya calon-calon yang mempunyai kelayakan dan kriteria seperti di atas dan juga telah ditapis sahaja akan dipanggil untuk temu duga. 

Pemohon dikehendaki mendapatkan surat pengiktirafan kelayakan berkenaan dari Unit Pengiktirafan, Bahagian 
Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) atau melalui laman 
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp 

Calon-calon yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya. 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor berikut : 

Unit Pengambilan dan Penempatan di talian : 
03-83138888 sambungan 21079, 21081, 21083, 21084, 
21085, 21041, 21042 dan 21048

http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/IKLANPEGAWAIEKSEKUTIFPERUNDANGANG41KONTRAK.pdf


Muat turun iklan jawatan dan syarat kelayakan disini

Tartikh tutup permohonan pada 12 Mei 2014

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers