Tuesday, September 1, 2015

IKLAN PERMOHONAN TERBUKA Diploma & SPM- Perkhidmatan Awam Johor


IKLAN PERMOHONAN TERBUKA SEPANJANG MASA


Assalamualaikum wbt. dan Salam Muafakat Johor.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor di dalam mesyuarat Bil. 4/2015 bertarikh 28 Mei 2015 telah meluluskan kaedah pengiklanan Permohonan Terbuka Sepanjang Masa bagi dua (2) jawatan berikut :

1)   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29  
(Lulusan Diploma)
SYARAT LANTIKAN :
 a) Diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada maktabmaktab
perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan: RM1,589.00 ] atau
b) Diploma dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusiinstitusi
pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan: RM1,735.44 ] atau
c) Diploma dalam bidang kejuruteraan atau pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan
Lepas Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[ Gaji Permulaan: RM1,808.94 ] dan
d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.




2)   Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N17 
( Lulusan SPM)
SYARAT LANTIKAN : a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM928.00] dan
b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer

dan/atau mengambil trengkas).


Untuk permohonan , sila klik di sini

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers