Saturday, October 24, 2015

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Iklan Menyertai Pegawai Bomba Bantuan di Sabah


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada Tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :-

1. Jawatan : Pegawai Bomba Bantuan

2. Nama Balai :

Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud
Peti Surat 168 89158 Kota Belud
No. Telefon : 088 – 976504 / 977244

Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu
Jln Tengah Nipah
Peti Surat 60994
91118 Lahad Datu,Sabah
No. Telefon : 089-884444/ 881443

Balai Bomba dan Penyelamat Semporna
Peti Surat 76
91307 Semporna,
No. Telefon : 089-781699

Balai Bomba dan Penyelamat Papar
W.D.T. Bil. 5
89609 papar
 No. Tel : 088- 913521 / 912994

Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort
W.D.T Bil. 1
80809 Beaufort, Sabah
No. Telefon : 087-212025

Balai Bomba dan Penyelamat Kudat
Peti Surat 276 89058 Kudat, Sabah
No. Telefon : 088-611299


3. Elaun : Elaun Pegawai Bomba Bantuan untuk jawatan yang diperlukan
 i) Pegawai Bomba Bantuan RM6.00/jam

4. Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memikili kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang betulis;
(c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan ;
(d) Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau berkelayakan yang berkelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah;
(e) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpabersepatu;
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
(iii) Mempunyai penglihatan yang baik;
(iv) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
 (v) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar;
(vi) Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa;
(vii) Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan 5 km daripada Balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke Balai.

5. Notis Kebenaran daripada Majikan : Bagi calon yang bekerja, dapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan – Borang PBB 4 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat yang terdekat seperti di atas atau dalam web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.bomba.gov.my.

6. Cara Memohon : Permohonan hendaklah menggunakan Borang PBB 3 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat yang terdekat seperti di atas atau dalam laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.bomba.gov.my.
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, Salinan Kad Pengenalan, Salinan sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan

7. Alamat Permohonan dan tarikh tutup : Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :-
IBU PEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH JALAN LINTAS, LIKAS BEG BERKUNCI 30 88990 KOTA KINABALU SABAH. (UP : BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT)

 Tarikh tutup permohonan : 23 OKTOBER 2015

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers