Thursday, October 29, 2015

Pengambilan Guru Tahfiz Di Sekolah-Sekolah Menengah KPM Ambilan Tahun 2016

IKLAN PENGAMBILAN GURU TAHFIZ 
DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KPM AMBILAN TAHUN 2016


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi,
berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Tahfiz secara kontrak di sekolah menengah KPM
Ambilan Tahun 2016 berdasarkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP).

1. KETERANGAN PROGRAM
1.1. Tajuk: Pengambilan Guru Tahfiz secara kontrak untuk ditempatkan di
sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2016.
1.2. Nama Perjawatan: Guru Tahfiz Secara Kontrak (Contract Of Service)
1.3. Tempoh Kontrak: Dua (2) tahun mulai daripada tarikh melapor diri. Akan disambung bagi dua (2) tahun seterusnya tertakluk kepada keperluan syarat-syarat perkhidmatan PPP.
1.4. Mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh kontrak.


2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS
Calon-calon hendaklah:
2.1. Warganegara Malaysia
2.2. Sihat tubuh badan
2.3. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016
2.4. Memiliki sekurang-kurangnya:
2.4.1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pendidikan Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat atau bidang-bidang yang berkaitan yang
setaraf dengannya daripada Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan; pemohon perlu merujuk
kepada laman sesawang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di alamat http://app.mohe.gov.my/iktiraf/
2.4.2. Memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada KPT sekiranya
memiliki ijazah daripada institusi luar negara atau ijazah daripada
IPTS tempatan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
2.4.3. Diploma Tahfiz daripada institusi-institusi yang diiktiraf oleh KPT
atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
2.4.4. Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus
Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat daripada institusi dalam atau luar negara
yang diiktiraf oleh KPT dikecualikan daripada syarat di para 2.4.3.
2.4.5. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).


3. MAKLUMAT JAWATAN
3.1. Jawatan/ Gred: Guru Tahfiz / Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Kontrak)
3.2. Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
3.3. Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pendidikan
3.3.1. Taraf Jawatan: Kontrak (Contract Of Service)
3.3.2. Gaji Permulaan: RM1917.00
3.3.3. Elaun Tetap dan Kemudahan: seperti Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 2008 dan peraturan-peraturan Perkhidmatan
Awam lain yang sedang berkuat kuasa.


5. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
5.1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari
laman sesawang Kementerian Sumber Manusia Malaysia di alamat :
http://www.jobsmalaysia.gov.my mulai 26 Oktober 2015 (Isnin).
5.2. Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan
hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
5.3. Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi
maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan
menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.
Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan
selama tempoh kontrak.


6. MAKLUMAN DAN PERHATIAN
6.1. Permohonan yang berjaya ditawarkan tempat, hendaklah bersetuju dan
patuh dengan syarat kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana
sekolah seperti yang diarahkan oleh pihak Kerajaan setelah tamat
berkursus.
6.2. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan
berkanun dikehendaki membawa surat kebenaran dan salinan kenyataan
rekod perkhidmatan daripada ketua jabatan semasa temu duga.
6.3. Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu
duga akan dimaklumkan secara email dan calon dikehendaki membawa
salinan cetakan email semasa temu duga.
6.4. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat selepas Januari 2016
adalah dianggap tidak berjaya. KPM tidak akan mengeluarkan makluman
secara bersurat kepada pemohon.


7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
9 NOVEMBER 2015 (ISNIN), SEBELUM JAM : 11.59 MALAM


8. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, KPM
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan
berkaitan permohonan :
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH & 2
NO 2251, JALAN USAHAWAN 1, BANGUNAN MUSTAPHA KAMAL,
63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p : Sektor Operasi Pendidikan Islam)
No. Telefon : 03-8321 7300/7299/7322/7366/7282

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers