Monday, January 4, 2016

Jawatan Kosong bersama Kerajaan Negeri Terengganu



Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut:-


PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17
:
Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.  
Taraf Jawatan : Tetap


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;   (b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m daripada rencana dan menaip salinan trengkas sederas 15 p.s.m dengan kesalahan tidak melebihi 4%.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : RM983.43)

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer).

PEMBANTU AWAM H11



 -----------------------------------------------------------------------------------------------

Deskripsi Tugas : a) Menjalankan tugas-tugas am bersifat hand-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
b) Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
c) Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
d) Melaksanakan tugas-tugas lain yang di arahkan oleh ketua jabatan.  Taraf Jawatan : Tetap


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;   (b) (i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H11 : RM850.00).

(Syarat Tambahan : Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).


Senarai iklan terbuka. Klik disini untuk memohon. Tarikh tutup permohonan pada 19-01-2016.

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers