Tuesday, March 8, 2016

Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Jasin, Melaka




Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Jasin.

BIL
JAWATAN
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
BIL KEKOSONGAN
TARAF JAWATAN
 1
Pegawai Tadbir
(Gred N41)
RM1,911.00
RM8,646.00
1
TETAP
 2
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Gred U29)
RM1,312.00
RM5,173.00
2
TETAP
 3
Pembantu Kesihatan Awam
(Gred U17)
RM975.00
RM3,424.00
1
TETAP
 4
Pembantu Operasi
(Gred N11)
RM802.00
RM2,663.00
2
TETAP


CARA-CARA MEMOHON:


(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Perjawatan Majlis Perbandaran Jasin.

(b) Borang boleh didapati dengan hadir sendiri pada hari bekerja biasa di Pejabat Majlis Perbandaran Jasin. Pemohon yang ingin memohon melalui pos mestilah menyertakan sampul surat berukuran 32 sm x 22 sm yang beralamat sendiri dan mempunyai setem bernilai 60 sen.

(c) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar dan salinan Sijil Kelahiran, Sijil Kelulusan, Sijil Berhenti Sekolah serta lain-lain dokumen yang berkaitan. 
(Setiap salinan perlu diakui sah oleh mana – mana ketua kampung, JKKK atau Ketua Jabatan).

(d) Permohonan-permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua jabatan masing-masing dan pastikan bahawa salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini disertakan bersama.


(e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN JASIN,
77000 JASIN,
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.

(f) Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Mac 2016
(g) Permohonan yang berikut akan ditolak sekiranya :-
(i)  Tidak disertakan dokumen yang diperlukan
(ii) Tidak lengkap
(iii) Tidak memenuhi syarat-syarat dalam iklan
(iv) Tidak menandatangani borang permohonan

CATITAN
(a) Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan atau setelah ditemuduga tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan/temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Pentadbiran Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga. 
(d) Muat Turun Borang

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers