Wednesday, April 13, 2016

Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Nilai




 Warganegara Malaysia yang terdiri daripada anak kelahiran Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan  jawatan   adalah  dipelawa  untuk  memohon mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah  di Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

BIL.
JAWATAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN
BILANGAN KEKOSONGAN
TARAF JAWATAN
1.
Akauntan W41
Kumpulan Pengurusan dan Profesional
1
Kontrak
2.
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
Kumpulan Sokongan
2
Kontrak
3.
Penolong Pegawai Undang-Undang L29
Kumpulan Sokongan
1
Kontrak
4.
Penolong Arkitek Landskap JA29
Kumpulan Sokongan
2
Kontrak
5.
Penolong Akauntan W27
Kumpulan Sokongan
1
Kontrak
6.
Penolong Pegawai Penerangan S27
Kumpulan Sokongan
1
Kontrak
7.
Pembantu Penilaian W17
Kumpulan Sokongan
2
Kontrak
8.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
Kumpulan Sokongan
1
Kontrak
9.
Pembantu Awam H11
Kumpulan Pelaksana
15
Kontrak
10.
Pembantu Operasi N11
Kumpulan Pelaksana
1
Kontrak



Cara-Cara Memohon
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (M.P.N.) 1/01 yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.05 (termasuk CBP 6%).
2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan:-
 i) Salinan MyKad;
 ii) Salinan Sijil Lahir
 iii) Gambar berukuran pasport (dilekatkan di muka hadapan borang);
 iv) Salinan sijil-sijil keputusan bagi kelayakan yang disyaratkan
3. Permohonan yang berikut akan ditolak :-
i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
ii) tidak lengkap atau tidak terang;
iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iv) tidak menulis nombor MyKad;
v) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat;
vi) tidak ditandatangani; dan
vii) permohonan yang diterima selepas tarikh tutup.
4. Tarikh Buka Permohonan : 11 April 2016 (Isnin)
5. Tarikh Tutup Permohonan : 22 April 2016 (Jumaat)
6. Alamat Jabatan :

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Nilai
 NO.1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
 Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai
 Peti Surat No. 52
 71800 Nilai
 Negeri Sembilan Darul Khusus.

7. Catatan Am

a) Hanya calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal dan/atau temu duga. Calon-calon perlu sentiasa menyemak dari semasa ke semasa panggilan Ujian Fizikal dan panggilan temu duga di laman web MPN (www.mpn.gov.my ).
 b) Sebarang tuntutan perbelanjaan kerana menghadiri ujian fizikal dan / atau temuduga kelak tidak akan ditanggung oleh MPN;
 c) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Nilai.
 d) Semua salinan sijil tidak perlu disahkan oleh pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Ketua Kampung/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah/Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri.

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers