Thursday, July 28, 2016

Jawatan Kosong Guru Vokasional di Kementerian Pendidikan Malaysia



PENGAMBILAN GURU VOKASIONAL SECARA INTERIM DI KOLEJ-KOLEJ VOKASIONAL KPM TAHUN 2016

Tajuk: Pengambilan Guru Vokasional secara interim untuk ditempatkan di Kolej Vokasional KPM Ambilan Tahun 2016.

1.2 Nama Perjawatan: Guru Vokasional Secara Interim
1.3 Tempoh Interim: Sehingga dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.
1.4 Mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang ditetapkan

Jawatan/ Gred: Guru Vokasional Interim/ Gred DC41 
3.2 Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional 
3.3 Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pendidikan


Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web Kementerian Sumber Manusia Malaysia di alamat: http://www.jobsmalaysia.gov.my  / http://goo.gl/urjWHj  mulai 24 Julai 2016. 

5.2 Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. 

5.3 Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama tempoh interim.  

Tarikh Tutup
7 OGOS 2016 (AHAD), SEBELUM JAM : 11.59 MALAM 


Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan pemohonan: 

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA (u.p: Sektor Pengurusan Guru) 
No. Telefon: 03-8884 5145/5105/5107/5100/5069/5070

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers