Monday, July 11, 2016

Jawatan Kosong Penjawat Awam, Perkhidmatan Awam Sarawak untuk Lepasan SPM,STPM dan Diploma









Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-


BIL.JAWATANGRED
1Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)N17
2Pembantu Tadbir (Kewangan)W17
3Pembantu Setiausaha PejabatN17
4Pembantu PenilaianW17
5Pembantu PenguatkuasaN17
6Pembantu Kesihatan AwamU17
7Pembantu VeterinarG17
8Pembantu Penyediaan MakananN17
9Pembantu Pentadbir TanahNT17
10Pembantu Pembangunan MasyarakatS17
11Pembantu LautA17
12Pembantu OperasiN11
13Pembantu AwamH11
14Pemandu KenderaanH11



Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.


Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskinipermohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.
Sila rujuk SYARAT-SYARAT DAN CARA MEMOHON, dan SENARAI JAWATAN sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-recruitment.



Tarikh tutup permohonan  : 15 Julai 2016

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers