Friday, May 23, 2014

Jawatan Kosong: Penolong Pegawai Tadbir (Gred 27)





Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited By Guarantee)

A. Institut Kefahaman Islam Malaysia

1.1(a) Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir ( Gred 27 )
(b) Kumpulan : Pelaksana
(c) Taraf Jawatan:Tetap
(d) Tempoh Percubaan: Enam (6) bulan hingga dua (2) tahun

1.2 Jadual Gaji : RM1,961.00 x 145.00 - RM5,250.00
 (Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)

1.3 (a) Elaun  
(i)Khas : RM160.00
(ii)Imbuhan Tetap Perumahan (ITP):RM180.00
(iii) Bantuan Sara Hidup:RM300.00

1.4 Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:

(a)  Warganegara Malaysia;

(b)  Memiliki Diploma dalam bidang penerbitan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;

(c)  Mempunyai dua (2) tahun dalam bidang berkaitan; dan

(d) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

1.5 Bidang Tugas

(i)  Membantu Ketua Penerbit IKIM di dalam penghasilan media cetak yang akan diterbitkan oleh IKIM seperti jurnal,risalah-risalah dan buku-buku dan pemasaran.

(ii)  Membantu Penerbit IKIM dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran seperti kawalan stor,dokumentasi buku dan kerja-kerja pereka (rekaan kad raya, kalendar, diari, laporan tahunan dan lain-lain yang diperlukan).

 *Kelebihan akan diberi sekiranya berpengetahuan dalm sistem UBS dan IRS.

1.6  Cara Permohonan  

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan)

Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189

Sebelum atau selewat-lewatnya pada 6 Jun 2014

Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melaui Ketua Jabatan.
Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon-calon adalah dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas dari IKIM 3 bulan dari tarikh iklan ditutup.

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers