Monday, May 26, 2014

Jawatan Kosong di UITM Sabah -- Tarikh Tutup 2 Jun 2014





Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap di UiTM Cawangan Sabah bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.


BIL

JAWATAN

GRED
SKIM PERKHIDMATAN
JADUAL GAJI


KAMPUS
KUMPULAN PROFESIONAL
MINIMUM
MAKSIMUM
1.
PUSTAKAWAN
S41

Pustakawan

RM1,909.00
-
RM8,644.00
UiTM Cawangan Sabah    Kota Kinabalu
KUMPULAN PELAKSANA



2.
PEMBANTU PERPUSTAKAAN
S17
Pembantu  Perpustakaan
RM  928.00
-
RM3,375.00

1. PUSTAKAWAN (GRED S41)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a)     Warganegara Malaysia;
(b)     Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UiTM (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Diploma Lepasan Ijazah Sains Perpustakaan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.

(iv) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UiTM (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) atau kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil   Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


2. PEMBANTU PERPUSTAKAAN (GRED S17)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-


(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ;

Dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

(i) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini;
(ii) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan;
(iii) Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temu duga;
(iv) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak Berjaya; dan
(v) Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus cawangan.


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM Cawangan Sabah di http://www.sabah.uitm.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran,  Aras 5, Menara Wibawa, Univeristi Teknologi MARA Cawangan Sabah.  Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.
Tarikh tutup permohonan adalah pada  2 Jun  2014 (Isnin).

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SABAH
BEG BERKUNCI 71
88997 KOTA KINABALU, SABAH
NO.TEL: (088)  513843 / 513846
 

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers