Monday, April 25, 2016

Jawatan kosong di Majlis Bandaraya Petaling Jaya- 2 Mei 2016


Permohonan adalah dipelawa  daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf kontrak di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor.

Jawatan
Maklumat
Pembantu Penguatkuasa (Polis Bantuan)
Gred N17 (Kontrak)
Gaji Minimum: RM 928.00
Gaji Maksimum: RM 3,375.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM 95.00
Elaun:
Imbuhan Tetap Khidmat Awam: RM115.00
Imbuhan Tetap Perumahan: RM180.00
Bantuan Sara Hidup: RM300.00

SERTAI GRABCAR DAN MULA MENJANA PENDAPATAN SEHINGGA RM6000/SEBULAN

https://goo.gl/forms/JH2CSyrUUH



Syarat lantikan:
a)    Perlu mempunyai kelayakan akademik seperti berikut:
                      i.         Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
                     ii.        Bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; dan
b)    Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
                      i.        Tinggi sekurang-kurangya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
                     ii.        Berat badan sekurang-kurangya 48kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita
                    iii.        Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
                   iv.        Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja)
                    v.        Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata
                   vi.        Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
                  vii.        Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar
c)    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.
Klik disini untuk pohon jawatan
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 2 MEI 2016
Kepada semua pemohon, sila baca manual penggunaan ini dengan teliti. Pihak MBPJ tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan semasa membuat permohonan. Hubungi Bahagian Sumber Manusia MBPJ di talian 03-79563544 untuk pertanyaan.

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers